Search This Blog

Friday, 7 April 2017

Beuatiful Day


Buat lah hari2 mu penuh dengan kenangan yang indah...
bersyukur atas segalanya yang diberikan kepada mu...
tersenyum dan bersyukur disaat anda diuji..
Mulakan hari mu dengan penuh bersyukur dan senyuman yang indah di bibirmu..

JOM MELANCONG KE SABAH...

Anda ingin melancong ke Sabah??..jom ketahuai tempat-tempat yang menarik di Sabah...






tempat2 yang menarik di Sabah.


1. GUNUNG KINABALU


2. PULAU MANUKAN


3. RESTORAN MAKANAN LAUT GAYANG


4.PASAR FILIPINA


5. DESA DAIRY FARM






Thursday, 6 April 2017

makanan sabah

Helooo u all.....Saya akan berkongsikan makan tradisional yang terdapat di Sabah.😊😁 mesti korang ingin tahun kan makanan tradisional yang terdapat di sabah???...jom berkenalan dengan makanan tradisional di Sabah dengan ENJOY GIRL.


                                                                            
                                                                            1.Bosou



Bosou merupakan salah satu makanan tradidional yang terdapat di Sabah. Bosou atau dikenali juga sebagai Tonsom merupakan hidangan sampingan tradisional bagi kaum Kadazab-Dusun, sabah. Bosou ini kebiasannya dihaslikan dari ikan mentah atau daging yang akan dijeruk sekurang-kurangnya 5 hari atau 7 hari sebelum dihidangkan atau dimakan. Bosou yang telah siap akan diletakkan di bekas pelastik atau botol yang rapat supaya baunya tidak dan tidak dimasuk oleh lalat. antara bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan bosou ialah, ikan mentah atau daging, nasi putih, garam, dan buah. Penyediaan Bosou ini adalah sangat mudah iaitu dengan mengambil ikan mentah atau daging yang telah dipotong-potong dan campurkan atau gaulkan dengan nasi, garam dan buah seperti nangka, nanas dan tuhau. selepas sebati, masukan dalam bekas yang mempunyai penutup yang kuat dan biarkan selama satu minggu. selepas satu minggu Bosou tersebuat boleh kita hidangkan atau makan.

2. Hinava



         hinava merupakan antara makanan yang paling popular dan diminati oleh kaum Kadazan-Dusun. biasanya hinava ini dibuat daripada isi ikan segar. isi ikan biasanya digunakan untuk membuat hinava  adalah dari isi ikan yu atau tenggiri. hinava ini selalunya dihidang ketika ada majlis-majlis seperti perkahwinan dan ketika kaamatan. bahan-bahan yang digunkan dalam membuat hinava ini seperti, isi ikan segar, biji buah bambangan, lada merah, halia, bawang merah, limau nipis atau limau kasturi, dan garam. cara untuk membuat hinava ini dengan mencampurkan semua bahan-bahanya dan digaulkan sehingga sebati. isi ikan tersebut tidak perlu di masak kerana ia akan masak melalui perahan limau nipis atau limau kasturi.

3. Tuhau


Tuhau adalah sejenis makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun yang diperbuat daripada tumbuhan E.coccinea(nama saintifik). Tuhau banyak terdapat di Tambunan, Ranau, dan Keningau, Sabah.
batang tuhau yang baru daimbil akan dihiris atau dihancurkan dan dicampurkan dengan cili merah dan cuka untuk menambahkan rasanya. Tuhau boleh dihidangkan pada bila-bila masa-masa.

Beuatiful Day

Buat lah hari2 mu penuh dengan kenangan yang indah... bersyukur atas segalanya yang diberikan kepada mu... tersenyum dan bersyukur d...